KESAN -KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA MASYARAKAT


Kesan pandemik Covid-19 telah mempengaruhi pelbagai pihak iaitu :


1.Kesan pandemik COVID-19 terhadap agama

Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi agama dengan pelbagai cara, termasuklah pembatalan ibadah dari berbagai agama,pembatalan kelas-kelas agama seperti ceramah secara bersemuka,bergotong-royong membersihkan masjid dan juga pembatalan ziarah-menziarahi di sekitar perayaan. Banyak masjid, surau,rumah ibadat, gereja, dan kuil telah menawarkan ibadah melalui aliran langsung di tengah wabak itu.


2.Rohani

》Sakit bukanlah hanya dimensi secara fizikal,namun juga sebagai dimensi psikologi dan sosial.Ini kerana pesakit yang disahkn positif virus Covid-19 akan didapati sangat digeruni oleh orang lain kerana cetusan emosi yang teramat bimbang akan tersebarnya jangkitan yang berbahaya,apatah pula penyakit tersebut boleh mengancam nyawa. 


3.Penghayatan ilmu 

》Masyarakat memproleh ilmu dengan sangat mudah. Namun begitu, mereka mudah alpa dengan kemudahan sedia ada. Manusia menjadi semakin senang dan selesa dengan kemudahan tersebut.


4.Kesan pandemik COVID-19 terhadap ibadah haji

》 Akibat sifat COVID-19 yang mudah menular, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyarankan umat Islam untuk menunda ibadah hajinya sehingga pandemik berjaya dikawal. Meskipun demikian, pada Jun 2020, Menteri Haji dan Umrah membenarkan warga negara asing yang berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji. Meskipun demikian, warga asing yang tidak berada di Arab Saudi masih tidak dibenarkan untuk menunaikan haji atas sebab dan pencegahan penularan COVID-19.


5.Kesan pandemik COVID-19 terhadap pekerja kesihatan

》Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi pekerja kesihatan secara fizikal dan psikologi. Pekerja kesihatan lebih mudah dijangkiti COVID-19 daripada orang awam kerana mereka lebih kerap berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Pekerja kesihatan dikehendaki bekerja dalam keadaan tertekan tanpa peralatan pelindungan diri yang betul dan membuat keputusan sukar yang melibatkan implikasi etika. Sistem kesihatan dan sosial di seluruh dunia sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini. Keadaan ini amat mencabar dalam konteks negara berpendapatan rendah yang rapuh, di mana sistem kesihatan dan sosial sudah lemah.


6.Kesan pandemik COVID-19 terhadap pendidikan

》Kebanyakan sekolah di dunia ditutup bagi tujuan menghentikan penyebaran COVID-19. Beberapa negara telah menutup sekolah dan menyebabkan sekurang-kurangnya 290,5 juta pelajar di seluruh dunia mengalami gangguan aktiviti pembelajaran kerana sekolah ditutup oleh kerajaan.

Pandemik ini telah menyebabkan kerajaan melaksanakan program pembelajaran dalam talian. Pembelajaran secara dalam talian merupakan pembelajaran yang berdasarkan pada teknologi media digital yang bahan pelajarannya dihantar secara elektronik atau dalam bentuk fail kepada pelajar dari jarak jauh menggunakan rangkaian internet dengan media komputer. Menurut kerajaan,  pembelajaran dalam talian dinilai dan  merupakan cara yang paling berkesan dan cekap untuk melakukan pembelajaran ditengah pandemik saat ini.

Comments

Popular posts from this blog