RUMUSAN
Tuntasnya bahawa sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu
antara satu sama lain tidak kira berbeza agama, bangsa dan kepercayaan
seharusnya berganding bahu dalam mencegah dalam pelbagai penyakit termasuklah
pandemik Covid-19. Ini dapat menunjukkan sikap yang baik terhadap negara jiran kerana
negara kita mempunyai masyarakat yang majmuk dengan pelbagai tradisi dan cara
tersendiri untuk mencegah sesuatu perkara.Perpaduan merupakan anugerah yang
tidak ternilai harganya.Banyaknegara di dunia menghadapi konflik atau perang
saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita sering kali melihat atau mendengar
melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik mengenai
pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa
seperti warga tua dan kanak-kanak Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat
kita saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru supaya
kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan negara
untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.
Comments
Post a Comment