USAHA-USAHA MENANGANI WABAK PANDEMIK COVID-19
Pandemik telah mengubah landskap seluruh dunia, Meskipun pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada negara terutamanya dari segi ekonomi, masih ada sudut positifnya iaitu mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila pelbagai lapisan masyarakat tidak kira latar belakang,bangsa,agama membuktikan bahawa mereka adalah masyarakat prihatin dan turut bersama-sama dengan kerajaan menghulur bantuan kepada keluarga terjejas terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
1) Majlis Belia Malaysia melalui Majlis Belia Daerah, Negeri dan badan-badan gabungan yang mempunyai keahlian pelbagai kaum bergabung bagi menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Jelasnya hikmah COVID-19 telah menonjolkan kebaikan rakyat, secara individu atau berkumpulan.
2) Nilai anak muda prihatin terhadap negara terbukti, Mengambil contoh (keprihatinan) pereka fesyen yang bekerjasama dengan sekumpulan 20 anak muda menjahit set peralatan perlindungan diri (PPE) untuk diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada peringkat awal negara berdepan COVID-19. Badan bukan kerajaan yang menghantar makanan termasuk keprihatinan individu terhadap jiran tetangga sepanjang situasi COVID-19.Sikap membantu sesama kita sudah menjadi satu trend yang sangat positif, sekali gus membuktikan perpaduan rakyat negara ini ketika berdepan krisis adalah pada tahap yang sangat memberangsangkan.
3) Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berasa bangga kerana
dalam krisis ini kita dapat lihat bagaimana mangsa COVID-19 dan penjawat awam,
khasnya barisan hadapan tanpa mengira kaum memberikan khidmat yang paling baik
untuk mengatasi penularan wabak berkenaan. semangat perpaduan positif dalam
menghadapi pandemik COVID-19 juga menjadikan setiap rakyat mengambil peduli
mengenai individu lain. Justeru, diharapkan sikap positif ini selalu akan dapat
diterjemahkan dalam masyarakat kita sebagaimana perpaduan kita ketika
menghadapi wabak pandemik.
4) Rakyat Malaysia harus mempelajari pengalaman yang diperoleh
daripada kesengsaraan wabak COVID-19 supaya kita menjadi lebih bersiap siaga
pada masa hadapan. sikap perpaduan itu tidak hanya wujud ketika pandemik,
sebaliknya dikekalkan pada bila-bila masa dalam apa juga keadaan. Kita seharusnya
tetap bersatu tanpa perlu berada dalam keadaan sukar mahupun krisis dan
sesungguhnya untuk menjadi negara yang berjaya, perpaduan adalah kunci
utamanya.
5) Dasar Perpaduan Negara menggariskan usaha berterusan untuk
memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan rakyat, bagi merealisasikan agenda
perpaduan terus berada di landasan yang betul kerjasama pelbagai pihak termasuk
badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan pemegang taruh berkaitan amat diperlukan
bagi memastikan objektif itu tercapai.Rakyat Malaysia sejak sekian lama
berpegang kepada Rukun Negara iaitu percaya kepada Tuhan; Setia kepada Raja dan
negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan undang-undang dan Bersopan dan
bertatasusila.Tidak kiralah Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Murut,
Melanau, orang asal atau mana-mana etnik sekalipun, bergelar warganegara
Malaysia, maka inilah ciri yang wajib kita hayati.
6) Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggugjawab , kira harus
menyedari akan hakikat bahawa perpaduan adalah tunjang kemakmuran negara, maka
(konsep) ‘Perpaduan dalam kepelbagaian’ yang berteraskan model integrasi inilah
yang kita hasratkan untuk rakyat Malaysia.Justeru itu masyarakat Malaysia keseluruhanya perlu
mentransformasikan diri sebagai ejen menyebarkan semangat perpaduan dalam
keadaan amat mencabar ketika ini, selain berdoa supaya Malaysia terus makmur
dan kekal kukuh sebagai negara bersatu padu serta harmoni.Antara wawasan yang
terkandung aspirasi Rukun Negara adalah adalah untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, untuk memelihara satu cara hidup
yang demokratik.







Comments
Post a Comment